About
Operational Bases
Services
Tour Packages
Our Fleet
Terms Of Carriage
HomeContactSitemap
 

LAWATAN PULAU KE PULAU
PAKEJ LAWATAN
 

Ke Pulau Mataking dengan Helikopter
Dengan pasir yang memutih, laut yang membiru dan  tempat peranginan kelas teratasan, Pulau  Mataking merupakan syurga bagi kedua-duanya sama ada penggemar aktiviti selam ataupun bukan.  Penyelam dapat  menerokai Taman Belut, Taman Batu Karang,  Taman Nudibrankia,  Taman Permainan Penyu, Sarang Udang Kara dan Medan  Hump Head. Aktiviti bukan penyelam antaranya ialah pengalaman memanjakan diri di Spa Jamu, melukis batik, berkayak, berkanu dan mengesan jejak hutan. Aktiviti yang mesti anda lakukan apabila berada di sini ialah bersiar-siar ke Pulau Mataking Kecil yang hanya mengambil masa 20 minit perjalanan daripada pulau induk. 

Ke Pulau Mengalum dengan Helikopter
Bersantai selama 3-jam di Pulau Mengalum. Pulau kepadatan rendah adalah retret yang tenang dengan pantai berpasir putih dan air yang sejernih Kristal. Sebahagian daripada pulau ini juga merupakan kawasan pemuliharaan untuk burung yang berpindah-randah. 

Ke Pulau Kapalai dengan Helikopter
Pulau Kapalai, hasil pembentukan pasir yang cetek terbentuk daripada sebahagian lingkaran pulau Ligitan yang terkenal. Menawarkan air dipenuhi dengan pelbagai jenis kehidupan laut yang luar biasa besar dan kecil dari seperti Yu, penyu, kuda laut dan pelbagai spesis sotong.  Satu-satunya Resort adalah Sipadan-Kapalai Dive Resort, sebuah resort atas air yang muncul terapung di laut biru jernih dengan tidak terlihat bagai hamparan pasir putih. Ini adalah sebuah pulau yang menakjubkan dengan keindahan sukar diperolehi dari tempat lain. 

Ke Pulau Mabul dengan Helikopter
Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Terdapat tiga buah resort di sini yang menyediakan tempat penginapan untuk penyelam skuba - dua terletak di pulau ini sementara satu lagi terletak di atas sebuah pelantar minyak yang telah diubahsuai kira-kira 500 meter dari pinggir pantai. Kesemua resort ini boleh mengatur lawatan sehari ke pulau yang berdekatan iaitu Pulau Sipadan dan Kapalai

Melancong dari Pulau ke Pulau di Semporna
Alami pemandangan dari udara dengan menaiki helikopter ke pulau Mabul, Sipadan dan Mataking yang menawarkan keindahan pulau yang sungguh mempesona. Anda boleh singgah ke salah satu pulau pilihan anda untuk merasai suasana pulau untuk seketika. (Pulau Sipadan terkecuali)