| |
6. Caj Tambahan Bahan Bakar
Caj tambahan bahan bakar akan dikenakan mengikut kadar harga pasaran bulanan yang berubah-ubah.
7. Caj Bermalam
Caj bermalam sebanyak RM400.00/ kru/malam akan dikenakan sekiranya kru bermalam di luar daripada pangkalan utama.
8. Caj Tong Bahan Bakar (200 liter)
Penggunaan tong bahan bakar akan diperlukan untuk operasi di luar capaian bahan bakar daripada depot terdekat. Caj akan dikenakan keatas kos pengangkutan ke lokasi hadapan dan juga tong bahan bakar tersebut.
9. Perkhidmatan Operasi Khas
Perkhidmatan operasi khas akan diberikan sebutharga bergantung kepada permintaan.
10. Kebolehsediaan
Pesawat boleh ditempah (7) hari seminggu dan tempahan boleh diterima dalam tempoh notis yang singkat bergantung kepada kebolehsediaan pesawat.
11. Kemudahan Kredit
Kemudahan kredit boleh disediakan oleh syarikat kami. Sabah Air Aviation Sdn Bhd juga merupakan wakil yang diiktiraf oleh American Express, Visa dan Mastercard .
12. Jam Penerbangan
Semua kiraan jam penerbangan akan bergantung kepada keadaan cuaca, tiupan angin dan aspek keselamatan semasa penerbangan. Laluan penerbangan mungkin berubah mengikut keperluan dan budi bicara juruterbang. Anggaran jumlah jam Penerbangan termasuk masa berlepas dan mendarat.
13. Harga
Harga jam penerbangan adalah termasuk juruterbang dan bahan bakar.
14. Keberangkatan
Semua penerbangan akan bermula dan kembali ke pangkalan utama Sabah samada Kota Kinabalu, Sandakan ataupun Subang. Walaubagimanapun, tempat berlepas ataupun mendarat di kawasan lain boleh ditentukan mengikut permintaan pengguna.
15. Taklimat
Sebelum pesawat berlepas, semua penumpang diberi taklimat keselamatan dan maklumat Penerbangan yang akan dilalui. Setiap pesawat yang berlepas atau mendarat akan diawasi dan dikawal oleh kakitangan kami untuk memastikan keselamatan sepanjang waktu.
16. Penafian
Sabah Air Aviation Sdn Bhd berhak untuk membatalkan penerbangan kerana keadaan cuaca atau apa sahaja alasan lain, atau untuk mengganti pesawat. Walaupun segala kemungkinan telah diambil kira, Sabah Air tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang diakibatkan dari kegagalan untuk berlepas / mendarat pada waktu ditetapkan, atau kegagalan untuk membuat penerbangan transit atau sambungan. |
|