| |
Sabah Air Aviation Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai SabahAir Aviation Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat yang mengendalikan helikopter dan kapal terbang serta penyewaan pesawat yang ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menyediakan pengangkutan awam, kargo dan perkhidmatan penerbangan yang berkaitan di Malaysia, dengan Ibu pejabat terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Sabah Air mempunyai modal berbayar sebanyak RM41 juta.
Sabah Air memiliki Sijil Operator Udara dan Sijil Perkhidmatan Udara tidak berjadual di Malaysia. Dengan memiliki pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam industri penerbangan.
Melalui pengalaman selama lebih 35 tahun telah mematangkan prestasi syarikat dan beroperasi secara profesional serta mengutamakan keselamatan dalam pengendalian penerbangan. Beribu-ribu jam penerbangan telah diamanahkan kepada pelanggan selama ini menunjukan
reputasi syarikat yang diyakini.
|
|